Saturday, 4 February 2012

Thursday, 29 December 2011

bIArkAn hAtI bErbIcArA

-AssalamuAlaikum-

 Kadang-kadang kita terfikir, mengapa kita memilih jalan yang salah. Sedangkan kita sedar dan arif akan perkara itu salah dan melanggar perintah Allah. Sebenarnya, jawapan terletak dalam hati kita sendiri. Sejauh mana kita mengawal atau dikawal nafsu sendiri.

Setiap insan inginkan kehidupan yang ceria, tenteram dan bahagia. Namun kita tetap menempuhi perjalanan hidup yang pahit dan berliku. Itulah ujian untuk menyedarkan kita agar kembali mendekati yang Maha Pencipta.
Cuba kita renungkan.

Tuesday, 16 August 2011

Orang-Orang Yang Lalai Menurut Al-Quran


1- "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai". 
*surah Al-A'raf;179

2- "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab; "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi." Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid ini)". 
*surah Al-A'raf;172

Sunday, 14 August 2011

10 Nasihat Imam Hassan Al-Banna


1- Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun


2- Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

Ini Kisahku-Wardina Saffiyah

Buat sahabat, teman, rakan, kenalan dan kepada semua.. Hanya sebagai renungan kita bersama. Semoga paling tidak pun terselit sedikit kesedaran dan impian untuk mencari jalan mendekati Ilahi. Insyallah, amin..

video

Saturday, 13 August 2011

Persoalan Diri Yang Sering Kita Tanyakan & Jawapannya

1) Kenapa aku tidak mendapatkan apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (al-Baqarah;216)

Kisah Abdullah Bin Amr

Suatu hari, aku sedang duduk berhampiran Nabi Muhammad SAW untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh baginda. Baginda memandang, lalu memanggil agar aku berada dekat disampingnya. Baginda dengan tenang sebagaimana kebiasaannya berkata kepadaku, "Ada orang menceritakan kepadaku bahawa engkau berpuasa pada siang dan berjaga (kerana beribadat) pada waktu malam. Jangan berbuat sedemikian rupa (hingga memenatkan kamu) kerana pada tubuh badan engkau ada haknya."

Baginda meneruskan lagi nasihatnya, "Berpuasa dan berbukalah. Cukup dengan berpuasa tiga hari (hari putih) pada setiap bulan, maka dengan demikian engkau mendapat 10 kali ganda pahala seperti berpuasa sepanjang tahun."

Setelah selesai baginda berkata-kata, aku pun menjawab, "Wahai Rasulullah, aku mempunyai keupayaan untuk berpuasa lebih."

Rasulullah SAW bersenyum ke arahku sambil berkata, "Jadi, berpuasalah sebagaimana puasa nabi daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari (secara berselang-seli)," -Hadis Riwayat al-Bukhari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...