Wednesday 20 April 2011

baiki sayap kapal terbang guna duct tape.!!!

kalau mende nie berlaku depan mata korang..agak2 korang nak naik ke kapal terbang tu..
pakai duct tape j tampal sayap pesawat tu..sempoi..
-UNSAFE ACT-


Air Deccan Finds New Uses For Tape  Airplane Wing Repair

Sunday 10 April 2011

menjadi tunang orang tanpa disedari oleh diri sendiri

percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

sumber: i luv islam

-Proton Satria Neo S2000-

kalau sebelum nie top gear asyik kutuk kereta buatan Malaysia.. kali nie mereka akui kehebatan teknologi Proton R3 rally..
buat pengatahuan pembaca, FIA Asia-Pacific Rally Championships (APRC) 2011 telah dimenangi oleh pasukan proton dengan pemandu Chris Atkinson dan Alister McRae bersama jentera S2000
video nie dari rancangan Top Gear, The Stig tetap hebat..tetapi sebab dia pandu S2000




nie plak ujian di monte carlo 2011
hebat kan..

Saturday 9 April 2011

-dine in the garden concept-

ada siapa yang boleh teka..kat mane lokasi tempat nie..hehehe
cube teka.!!
siap ada pemain piano dalam sangkar


Wednesday 6 April 2011

bukan intan permata yang ku cari
tapi hati yg damai lg melengkapi yg ku idam
di mana kan ku temui hati itu
takkala hati ku sendiri pernah dilukai
perit dan pedih sebelum ini
mengajar ku untuk mengenal hati
sebelum kata2 janji ku luahkan

ku hanya melabuhkan cintaku pada seorang sahaja
kerna ku mengerti apa itu tanggungjawab
dalam perhubungan
namun kan ku temui hati yg juga mengerti
sebuah perjanjian hati

bila dua hati menjadi satu
bila dua jiwa menjadi satu
itu yg ku tunggu selama ini
akan sebuah hati yg melengkapi hatiku
kan ku laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin
sebagaimana agamaku telah mensyariatkan atasku
insyaAllah..

nukilan di saat kekosongan jiwa...

Tuesday 5 April 2011

Saturday 2 April 2011

Twinkle Twinkle Little Star

Teringat zaman2 kecik dulu mase sekolah rendah.. Cikgu BI ajar lagu nie..
Korang mesti tahu lagu nie.. Jom mengenang kembali zaman kanak2 dulu..
hehehe ^_^


Only In Malaysia..

...Malaysia is a unique country...


Please Drive Safely

pandu dengan cermat..ingatlah insan tersayang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...