Suatu hari, aku sedang duduk berhampiran Nabi Muhammad SAW untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh baginda. Baginda memandang, lalu memanggil agar aku berada dekat disampingnya. Baginda dengan tenang sebagaimana kebiasaannya berkata kepadaku, "Ada orang menceritakan kepadaku bahawa engkau berpuasa pada siang dan berjaga (kerana beribadat) pada waktu malam. Jangan berbuat sedemikian rupa (hingga memenatkan kamu) kerana pada tubuh badan engkau ada haknya."
Baginda meneruskan lagi nasihatnya, "Berpuasa dan berbukalah. Cukup dengan berpuasa tiga hari (hari putih) pada setiap bulan, maka dengan demikian engkau mendapat 10 kali ganda pahala seperti berpuasa sepanjang tahun."
Setelah selesai baginda berkata-kata, aku pun menjawab, "Wahai Rasulullah, aku mempunyai keupayaan untuk berpuasa lebih."
Rasulullah SAW bersenyum ke arahku sambil berkata, "Jadi, berpuasalah sebagaimana puasa nabi daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari (secara berselang-seli)," -Hadis Riwayat al-Bukhari
No comments:
Post a Comment